JEMAAH
LEBIH AFDAL
Angin petang
berarak pulang. Gumpalan awan menyembunyikan
diri. Ufuk merah mula kelihatan. Indahnya ciptaan-Nya.
Beberapa ketika,
Allahu Akbar Allahu Akbar...
Azan
bergema menunjukkan masuknya waktu solat magrib.
Seperti biasa, bersiap-siap untuk solat magrib secara berjemaah. Berimamkan
abah. Kadangkala, adik yang mengimamkan aku. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, nak 1x atau
27x;
nak RM1000
atau RM27 000? Bukankah lebih BAIK
berjemaah berbanding solat bersendirian?
Usai membaca ayat-ayat suci
Al-Quran dan solat Isya’, aku menuruni tangga untuk panaskan lauk tengahari
yang masih elok untuk makan malam. Tok mama (tok sebelah Allahyarhamah mama)
ada di rumah sekali.
Lama tidak bertemu, rindu pun
bertamu.
TAK
SEINDAH RUPA
Sambil masing-masing berehat di
ruang tamu, memberi ruang kepada perut mencernakan apa yang ada. Bukan menCURI dengar, hanya TERdengar dialog-dialog orang tua bersembang. Aku hanya menCERNA subjek dan
predikat yang penting-penting di dalam lautan minda lalu meMUNTAHkan dalam bentuk tulisan pula.
(berfikir, menganalisa dan bertindak)
Itu yang dirunsing Si Abah, Majlis
Walimatul Urus yang makin hampiri
menggusarkan hati. Dalam konteks ini, bermaksud ALIRAN MASUK KELUAR berpuluh-puluh
dan mungkin beratus-ratus keping Ringgit
Malaysia yang akan DIPEROLEH DILABURKAN untuk keperluan tersebut.
Keperluan apa? MAJLIS PERKAHWINAN!
Majlis perkahwinan, ada kalanya
Tak Seindah Rupa. Memakan belanja yang agak besar. Walau siapa-siapa yang
mengalami masalah kewangan, tentu fahami perasaan tekanan hebat yang menyesakkan. Al-maklumlah,
sebelah pengantin lelaki, tentu dapat gambarkan lingkungan kos dan perbelanjaan.
Mas kahwin! Hantaran! Pelamin! Catering (tak seperti kampung- semangat muhibbah
gotong-royong untuk majlis kenduri dan sebagainya) dan macam-macam lagi
keperluan lain. Oh, benar. Tak seindah rupa.
Kesian Abah. Kenduri makin
dekat. Adik yang tunggu result SPM,
pada waktu yang sama. Aku lagi. Andai dapat ku beri segala yang termampu &
terbaik untukmu suatu hati nanti. aku bantu. Insya-Allah.
RUMUSAN
Aku belajar berjimat HANYA
untuk keperluan. Dengan cara itu, aku dapat kurangkan beban
belanja abah. Kalau
suatu hari nanti, aku sudah bekerjaya. Tak banyak sekali pun, aku harap aku
dapat hulur untuk meringankan beban itu. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu. Leteran untuk
perkara biarpun kecil itu aku anggap sebahagian cara abah meluahkan rasa. Tertekan.
Ya, perkataan yang sangat tepat. Aku faham. Aku faham. Aku faham.
Walaupun, kadangkala terkecil
hati. aku pujuk sendiri jua.
Tak apa, abah. Hidup kita
ibarat pusingan roda. Kadangkala, rendah di bawah. Kadangkala, tinggi di atas. DIA
lebih mengetahui. Siapa tahu, perancangan DIA Maha Hebat.
USTAZ
DON
Al Fadhil, Ustaz Don Daniyal ke
udara di TV Alhijrah 114 mencuri perhatian kelima-lima deria utamaku. Penyampaiannya
yang bernas dan bersahaja benar-benar sampai ke dasar hati yang luhur. Tajuk ‘Cinta
Rasul’ sempena Maulidur Rasul yang tidak lama lagi begitu menyentuh jiwa. Bayangkan
Al Fadhil, Ustaz menyampaikan dengan begitu meruntun jiwa hinggakan takungan
jernih beliau bergenang di tubir mata. Allahu Akbar. Jiwa begitu halus dan
tulus. Aku sendiri tidak lagi sampai ke tahap itu. Subhanallah. Allahu Rabbi.
AKHIR
KALAM
Buat kekandaku tercinta yang
bakal mendirikan masjid, semoga dapat membina sebuah keluarga yang ‘sakinah’, ‘mawaddah’
dan ‘rahmah’. Dengan izin-Nya, insya-Allah. Amin. Adinda sentiasa menitipkan
doa kebahagian buat kita sekeluarga. Amin. Amin Ya Rabbal Alami.
TARIKH SEBENAR: 1/2/12
LOKASI: TAMAN SEJATI INDAH, SUNGAI PETANI.
0 comments:
Post a Comment