BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 11, 2011

kelopak mata aku part 2


Kelopak mata aku part 2

Kecilnya nakal
Sifatnya keras
Ragamnya sukar diduga

Si ibu tak jemu mengasuh
Sang ayah tak jemu mendidik
Nasihat pedoman menjadi santapan
Titipan semangat mengharung hidup
Mengasah sebutir permata hati
Kilauan sinarnya makin terserlah
Sangat berharga di mata mereka…
Itulah hadiah paling berharga buat permata hati

18 tahun berlalu
Si ibu tak jemu-jemu menerap nilai
Mendidik dan mengasuh
Menjadi seorang yang ada hati budi
Ada tutur santun dan bahasa
Patuh dan taat suruhan Yang Esa dan orang tua

Sehingga titik itu sahaja
Walaupun sang permata masih hijau dan baru
Dalam dunia yang penuh akar berduri
Onak dan ranjau untuk ditempuh
Si ibu terpaksa tinggalkan
Allah lebih sayangkan ibu
Relakan…

Biar jauh di alam sana
Tapi,
Jangan sekali-kali kau lupa
Segala pengorbanan ibu melahirkan, mendidik dan banyak bersusah payah
Demi engkau!
Biar jauh di alam sana
Tapi,
Jangan sekali-kali kau lupa
Mengirim doa
Dalam setiap doa selepas solatmu
Agar bahagia di sana
Hadiahkan ayat-ayat suci
Dalam setiap bacaan Al-Quran selepas solatmu
Agar tenang di sana

Itulah satunya cara
Untuk kau balas pengorbanan ibu
Itulah satunya cara
Untuk kau tunjukkan sayangmu sebagai anak

Itulah satunya cara
Kerna tiada lainnya cara
Membalas pengorbanan dan jasa
Melainkan kau boleh kembalikan masa (timeline)
Sayangnya,
Peluang itu sudah berakhir
Tempohnya hanya sehingga menjangkau angka 18

Allah lebih Mengetahui setiap yang terjadi
KetentuanNya sememangnya tersirat 1001 pelangi hikmah

Selami dan muhasabah…
Selami dan muhasabah...
Selami dan muhasabah...

PENA KIRI
4:04AM
11 APRIL 2011 (ISNIN)
BILIK 15-226 KOLEJ KERIS MAS, UKM
BANGI




Saturday, April 9, 2011

kelopak mata aku part 1


kelopak mata aku part 1

kelarutan malam melarutkan aku dalam kenangan silam
kepekatan malam membuatkan cerita lama bertamu
tentang kelopak mata aku

mengimbau masa lalu
seorang ibu melahirkan anak-anaknya
tiga semuanya,
sang ayah gembira sekali
sujud tanda syukur  kepada ilahi

oh, sang ayah
hidup merantau
demi mencari nafkah
membanting tulang 4 kerat demi sesuap nasi
menyara hidup isteri dan anak

demi membantu sang ayah
sang ibu gigih membantu
demi keluarga tercinta, tidak mengapa

atuk nenek di kampung sana
turut menghulurkan tolong mereka
menjaga cucu sulung
demi kebaikan bersama

sampai masanya
sang ayah juga ibu
meminta zuriat sulung mereka
dari si atuk juga nenek
berat hati sayangkan cucu
 sekali lagi sang ayah mencuba
sekali lagi si ibu meminta
jawapan tetap sama

demi kasihkan atuk demi sayangkan nenek
si ayah merelakan jua walau ibu rela dalam terpaksa

sunyi dalam hiruk pikuk di ibu kota
seorang lagi anak Adam lahir ke dunia
seorang anak perempuan
dalam keluarga itu

dugaan sang ayah membesarkan
cabaran sang ibu menjaga
tatang bagai minyak yang penuh
lumrah dalam mendidik
agar menjadi manusia berguna
di masa hadapan

PENA KIRI
1:20AM
9 APRIL 2O11 (SABTU)
BILIK TV BLOK 15 KOLEJ KERIS MAS, UKM
BANGI