Akhirnya,
dapat juga siapkan task Redaksi Majalah universiti mengenai Klinik Bantuan Guaman UKM dan Artikel Khas tentang UKM. Terasa kepuasannya walaupun masih belum
menyentuh perkembangan Latihan Ilmiah pada semester akhir yang telah bermula. Minggu
pertama semester, membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Pensyarah dan
pelajar masih sibuk menyusun jadual kuliah dan tutorial.
Kuliah dan tutorial
Wah,
seronok bukan kepalang. Kuliah Dr. Karim diawalkan ke hari Khamis. Dalam kata
lain, aku hanya mempunyai kuliah dan kelas tutorial pada hari SELASA dan
KHAMIS. Aku faham, Dr. Karim ada masalah kesihatan. Mudah-mudahan
pensyarah-pensyarahku dikurniakan kesihatan yang baik, insya-Allah. Aku berdoa
dalam diam.
Berikut
adalah jadual kuliah dan kelas tutorial Pena Kiri.
SELASA
8-10 FALSAFAH
BAHASA (KULIAH)
10-12 PRAGMATIK
BAHASA MELAYU (KULIAH)
12-2 Bertugas di PPPBKKM
5-6 FALSAFAH BAHASA (TUTORIAL)
KHAMIS
8-10 LEKSIKOGRAFI
BAHASA MELAYU (KULIAH)
10-11 LEKSIKOGRAFI BAHASA MELAYU (TUTORIAL)
12-1 PRAGMATIK BAHASA MELAYU (TUTORIAL)
Terpedaya
Sedang
asyik menikmati makanan di Pusanika, UKM, aku dihampiri oleh ‘abang kacak’
untuk promosi YES 4G UKM. Seperti dapat menghidu minat aku, dia bagai ditarik
magnet untuk menghampiri aku dan kawan-kawan. Penerangan demi penerangan
diterangkan. Satu persatu. Aku khusyu’ mendengar. Alangkah beruntungnya dia
dapat menarik aku sebagai pelanggannya pada hari ini. Aku terpedaya. Aku berjaya
mendapatkan broadband dan YES 4G UKM
setelah not RM99 berganti tangan. Menarik promosinya. Setiap bulan, dapat top up RM10 percuma sehingga tamat 6 bulan bergrduasi. Noktah.
Aku tidak terus pulang, tapi mengambil keputusan untuk menunggu di fakulti hingga selesai solat Jumaat. Bukan apa, aku ada meeting untuk tetapkan jadual bertugas di perpustakaan pusat. Dalam masa yang sama, menunggu senior untuk memberi ole-ole dari Bandung, hari itu. Kemudian, ole-ole tersebut berganti tangan. Ida dan Ekin pun pulang, sementara aku ke surau fakulti sebelum ke Aras 6 untuk meeting.
Perjumpaan Penting
Sekian
lama tinggalkan meeting, kini kembali
dengan nafas baharu. Wow! Teruja rasanya. Seperti biasa, perjumpaan pertama
semestinya bersama AJK Perpustakaan. Penting untuk menyusun jadual bertugas
untuk disesuaikan dengan kuliah dan kelas tutorial. Akhirnya, berjaya aku memilih
untuk bertugas pada hari Selasa (12 tengah hari - 2 petang) setiap minggu.
Pada
mulanya, pertemuan yang dijanjikan pada jam 3 petang tapi bertangguh sehingga
jam 4 petang membuatkan aku agak kebosanan menunggu. Pensyaraha ada hal yang
tidak dapat dielakkan. Rancangan untuk jogging
di stadium terpaksa dilupakan. Alamak. Yang penting, aku harus bersiap siaga
untuk keesokannya paginya. Aku harus menaiki Bus Kiffah Zon 6K/6Z seawall 7
pagi untuk tiba di KTM. Berjanji untuk bekerja sambilan selama 2 hari di KLCC. Ada
ekspo besar-besaran. Bersama Mumdreams.
Sekali lagi berkhidmat. Sekali lagi dan sekali lagi.
Pena Kiri