Berdebar-debar rasanya menanti detik demi detik, meniti awan
jauh dari tanah air. Semoga restu keluarga memayungiku bersama. Usai makan
tengahari di KAB bersama Geng Redaksi, aku bersiap-siap untuk berkumpul di
Masjid UKM sebelum berangkat ke LCCT. Destinasi à
Bandung, Indonesia. Bersama kosmate
seramai 20 orang dan seorang lecturer
dalam menakhoda memori dan kenangan. Moga yang indah-indah belaka.
Sesingkat masa yang ada dimanfaatkan untuk berlatih koir untuk dipersembahkan kepada
pelajar2 Universitas Padjajaran, Bandung sebagai tanda jalinan ukhwah khususnya
antara Indonesia dan Malaysia. Apabila jarum jam merentas 12 tengah malam, kami
bertolak ke LCCT dengan menaiki bus Kiffah UKM. Lebih kurang 45 minit kemudian,
kami tiba ke transit yang dimaksudkan sebelum flight jam 6.30 pagi. Awal sekali. Lebih baik beringat-ingat
daripada terlepas flight.
Hari pertama
Getar bukan kepalang tatkala diri di awangan. Terasa diri
begitu kerdil sekali tatkala melihat ciptaan Allah. Istighfarku dalam hati. 2
jam lamanya. Tidak lagi di Malaysia. Kini mendarat di bumi Bandung, Jawa Barat,
Indonesia. Dijemput oleh Pak Supir dan Pak Agus ke rumah tumpangan kami di
Wisma Diklat Bina Marga selepas menikmati makan tengah hari di restoran
berhampiran. Ayam Penyet dan air coklat. Sedap. Tiada aktiviti selain berehat
setelah berpenat lelah dalam perjalanan. Malamnya, jalan2 cari makan. Mee
Segera ala Indonesia.
Hari kedua
Hari yang penting dalam 5 hari di Bandung. 7 pagi di perkarangan rumah tumpangan. Destinasi
seterusnya ialah UNPAD atau Universitas Padjajaran. Seorang moderator dan 2
ahli panel Indonesia serta 2 wakil panel pihak kami iaitu Faiz dan Izura dengan
tajuk yang berkaitan menjalineratkan antar budaya Indonesia-Malaysia. Begitu bersemangat
melihat panel dan persembahan dari pelajar UNPAD. Kami turut tidak ketinggalan
mempersembahkan koir ala gabungan
beberapa lagu popular dan patriotik Malaysia. Lega akhirnya apabila semuanya
berjalan dengan lancar. Selesai berforum, kami dibawa oleh 2 orang pelajar sana
(moderator dan salah seorang panel) untuk melawat sekitar UNPAD dan melihat
sendiri suasana kampus. Agak teruja, sebenarnya. Petangnya, berjalan-jalan
sekitar Bandung sahaja. Makan malamnya,
aku bersama beberapa yang lain berjalan-jalan mencari makan di KFC ala
Indonesia yang letaknya berhampiran rumah tumpangan kami.
Hari ketiga
Hari berjalan-jalan sesudah selesai program penting
kelmarin. Seronok. Kami singgah ke Hot Sring selepas bersiar-siar ke Tangkuban
Parahu sambil membeli cenderamata sebagai tanda ingatan. Nana tak jemu-jemu
menjalankan tanggungjawab selaku JuruFoto rasmi Lawatan Semarak Kasih Serumpun
Budi ini. Berfoto sana sini untuk merakam segala kenangan dan memori indah di
sini. Indah.
Tiba-tiba..
Ada Meetin
g ad hoc
Kenapa?
Maaf, dirahsiakan.
Post-mortem dirahsiakan. Hehehe.
Hari Keempat
Semestinya hari yang ditunggu-tunggu. Aku bakal menghabiskan
sejuta rupiah di Pasar Baru. Sehari suntuk kami di sana. Membeli-belah. Mulanya,
bergerak dalam kumpulan, terpisah dan terjumpa semula. Kemudian, terpisah lagi.
Dan terjumpa semula. Biasa la, 7 tingkat. Ghairah melihat barangan yang dijual.
Harga berpatutan. Sedang asyik aku dan Syahid menunggu Nana membeli kain
telekung, disapa oleh 2 orang jejaka. Rupanya pelajar UKM, travel berdua. Sekolej dengan Syahid lagi. Kecilnya dunia. Masakan di
Bandung bisa bertemu teman sekolej. Wah, berdikari sangat. Usai makan, pulang
ke rumah tumpangan untuk solat jama’ dan qasar sebelum sambung berjalan-jalan
ke Outlet yang berhampiran.
Malamnya meeting ad
hoc lagi.
Kenapa?
Maaf, dirahsiakan.
Post-mortem dirahsiakan. Hehehe.
Hari kelima, seawal
jam 4.30 pagi, aku menguatkan diri untuk bersiap-siap berangkat ke airport. Waktu untuk berlepas seperti
yang tertera ialah 8.30 pagi. Malaysia menantiku. (hahaha)
Akhirnya, kembali ke pangkuan tanah airku.
Selamat Tinggal UNPAD, Selamat Jalan Bandung.
Jumpa lagi,
Indonesia.
Ada rezeki, aku ke sana lagi. Insya-Allah.
KENANGAN
Semestinya
Bandung dan UNPAD menjadi kenangan paling bermakna dan berharga bersama teman. Pahit
manis yang dirasai dalam menjayakan program terus segar di ingatan.
Tanggal 12 hingga 16 Februari 2012 tersemat utuh di tugu
ingatan.
Kawan.
Teman.
Persahabatan.
Ukhwah yang terjalin antara kita semua.
Segalanya di ingatan.
Memori.
Yang Benar,
Pena Kiri
0 comments:
Post a Comment