WALIMATUL
URUS
Jangan disalah takrif wahai para
pembaca yang budiman sekalian.
Walimatul Urus yang ditera,
bukanlah merujuk kepada Sang Penulis. Musim cuti sekolah sempena perayaan Tahun Baru Cina sekali gus
cuti semester mahasiswa/i dimanfaatkan untuk mengadakan Walimatul Urus dan
majlis kesyukuran. Suasana desa di saat ini tentunya penuh dengan anak-anak
kecil. Bersama ibu dan ayah masing-masing. Ibu kota makin lenggang buat
seketika. Hari berganti hari, aku penuhi dengan kenduri sanak-saudara dan
sahabat handai. Tumpang gembira untuk mereka. Hari bahagia mereka menjelma jua,
aku? Tak mengapa, lebih baik bersabar.
Gigih berusaha untuk menyelesaikan apa
yang dicita-citakan terlebih dahulu.
Sabar itu kan, separuh daripada iman.
LAGI-LAGI
NOVEL
Semakin ghairah aku meluangkan
masa senggang bersama novel-novel yang dibeli.
Baru aku sedar, novelis
Norhayati Berahim mempunyai penulisan yang cukup bagus tidak kira dari segi
garapan, plot, mesej yang disampaikan serta gaya bahasa yang menarik membuatkan
pembaca berasa begitu dekat dengan nukilan penulis. Tidak seperti sebilangan
penulis yang hanya mengetengahkan unsur cinta semata-mata, beliau jelas
memaparkan mesej tertentu untuk disampaikan kepada pembaca. Penulisan beliau
turut menunjukkan beliau bukan sahaja seorang penulis biasa, malahan lahirnya seorang
penulis yang berilmu menerusi fakta dalam penulisan beliau.
Teringin suatu saat, one fine day, aku nekad untuk menjadi
seperti beliau. Insya-Allah jika ada rezeki.
BADAI
SEMALAM
Bumi mana tidak ditimpa hujan.
Setiap yang bernama manusia,
tetap diduga dengan ujian yang mampu diterima hamba-Nya. Apa yang membezakan
mereka ialah bagaimana cara penerimaan ujian tersebut. Aku tidak terkecuali
daripada golongan yang menerima dugaan Sang Pencipta. Ya, aku redha. Walau
bagaimanapun, aku tetap mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan bebanan
yang ditanggung selagi hayat dikandung badan. Siapa yang tahu, rahsia yang
bermukim di hati. Siapa yang tahu, jerih payah yang aku lalui selama hampir 6 tahun
lamanya ini. Siapa yang tahu, rindu yang tersadai di dasar hati selama tempoh
itu. Siapa yang tahu, badai yang melandai sangat mendewasakan diri. Hanya Dia
Yang Maha Mengetahui. Dalam tempoh 23 tahun, aku semakin kuat rupanya. Syukron,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin.
Semoga mendapat pengakhiran
yang baik, husnul khatimah.
Insya-Allah, dengan izin.
0 comments:
Post a Comment