Lama rasanya aku tak mengemas kini entri blog. Al maklumlah,
semestinya aku sibuk memandangkan kini semakin meniti hari-hari terakhir di
bumi UKM. Latihan Ilmiah yang perlu disiapkan menuntut kesabaran dan daya usaha
yang tinggi.
Novel & majalah
Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk singgah ke PWTC. Amat
seronok memborong majalah dan novel sempena Pesta Buku 2012 yang diadakan
secara besar-besaran. Di samping penggemar ilmu mendapatkan apa yang diinginkan
dengan harga yang sangat berpatutan, dapat juga memberi peluang kepada peminat
untuk bertemu empat mata dengan idola masing-masing. Aku sempat bertemu dengan
Damya Hana, Ramlee Awang Mursyid dan paling aku gemari, Norhayati Berahim. Sempat
juga aku bergambar dengan beliau. Dengan adanya peluang sebegini, ini memberi
ruang dan nafas baru untuk memartabatkan para penulis dan karyawan yang sebelum
ini bagaikan dipinggir. Bukan hanya menyanjung artis dan penghibur semata-mata.
Berbalik kepada Pesta Buku yang diadakan baru-baru ini, tahniah diucapkan kepada
semua pihak yang melaksanakan pesta berkenaan dengan jayanya tidak kira pihak
yang terlibat secara langsung mahupun masyarakat yang turut memberi sokongan
padu.
Ekspo
Ekspo 3rd Mom & Baby Expo
2012 at Mid Valley kembali lagi
pada 11, 12 dan 13 Mei 2012. Seperti biasa, aku sanggup mengabaikan dinner
Pusat Pengajian/ Jabatan yang memerlukan bayaran Ringgit Malaysia 70 demi
bersama-sama ekspo tersebut. Hidup mesti
ada ‘kos lepas’. Terpaksa memilih yang lebih prioriti dan membuat pilihan
tepat. Itulah prinsip hidup aku. Apa yang lebih penting perlu diutamakan
terlebih dahulu. Bermula set up barangan
ekspo pada 10 Mei, berakhir 14 Mei membuatkan tubuh badan begitu penat. 4 hari
berturut-turut membuatkan tulang-tulang dan sendi-sendi merayu-rayu memohon
istirahat secukupnya. Pengalaman yang menyeronokkan walaupun keletihan yang
teramat. Tak mengapa, mudah-mudahan ada back
up bajet untuk deposit dan sewa bilik semasa menjalankan Latihan Industri
di Cheras, nanti. Insya-Allah. Dengan izin-Nya. Bukankah, bersakit-sakit dahulu
untuk bersenang-senang di kemudian hari. Benarlah petua dan prinsip tersebut.
Walimatul Urus
Tumpang gembira mendengar khabar baik dari salah seorang
sahabat dalam kos pengajianku yang bakal mendirikan masjid tak lama lagi.
Tahniah dan tahniah sekali lagi. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Insya-Allah. Aku? Masih lagi setia menanti Allah kirimkan Imam untukku. J