TAHUN
BARU
Tinggal
beberapa jam sahaja lagi aku dan juga kalian bakal menutup tirai 2011 sekali
gus selamat datang 2012. Aku cuba menoleh 22 tahun ke belakang untuk melihat
liku-liku hidup yang telah aku lalui sepanjang tempoh itu. Nikmat. Suka. Duka. Pahit.
Manis. Dugaan. Kejayaan. Kegagalan. Semuanya aku lalui dan aku anggap sebagai
proses kematangan diri. Sejarah biar tinggal sejarah. Sejarah 2012 pula
menyusul.
AZAM
Tidak
seperti kebanyakan yang lain, aku hanya memperbaharui azam tahun-tahun lepas
yang masih belum berbayar. Aku percaya setiap manusia normal pasti menyimpan azam
dalam diri masing-masing. Pokok pangkalnya, azam ingin berubah menjadi lebih
baik dari yang sebelumnya. Itu pasti. Maka, cukup sekadar memperbaharui azam lama
di samping sedikit calitan baru untuk ke satu lagi fasa dalam hidup.
HADIAH
YANG BERNILAI
Sempena
melangkah ke 2012, hadiah yang cukup bermakna telah aku perolehi. Tiada tandingan
ukurya. Luar biasa nilainya. Bagai bayi yang baru dilahirkan, aku pecahkan tempoh
keegoanku untuk mendapatkan ‘hadiah yang cukup bererti’ itu. Aku percaya, tidak
semua diberikan kekuatan untuk melakukannya. Terima kasih, Allah. Bagai disuluh
cahaya disulam pelangi petang setelah menghadapi badai semalam. Terasa kerdil diri
ini melihat keesaan Ya Rabbul Izzati. Semoga tahun-tahun yang bakal ditempuh
menguatkan lagi jasad dan rohani, insyaAllah.
***
KELUARGA BAHAGIA
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia
Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu
AYAH
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang
ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu
sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar
kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang
ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak
dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
ANAK SOLEH
Kami
anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku
hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai
Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan
mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Ku
hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai
Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah
mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Ku
hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai
ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan
segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
BUATMU IBU
Ibu
bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun
kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu
kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu
kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya
melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah
Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…
Kasih
sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
***
TETAP
MERINDUI
Melihat
22 tahun yang lalu, pasti aku merinduimu, mama. Semoga dikau tenang di alam
sana. Bagaimana aku lupa permata dalam hidupku. Tanpa dia, tiada aku di dunia
ini. Aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading tatkala dikau terlalu ingin
melihat aku di sini. Ya, aku berjaya mencari peta dan jalan untuk ke sini
akhirnya, walaupun pada saat ini, kau telah tiada untuk melihat. Aku bersyukur,
kini bagiku cukuplah sekadar aku berjaya menunaikan harapanmu, tak lebih dari
ku pinta. Siapa aku untuk menolak Qada’ dan Qadar Dia Yang Maha Berkuasa di
atas segala. Sesungguhnya, dia Maha Mengetahui ke atas hamba-hambaNya.
BAKI
HIDUP DI KAMPUS UKM
1
semester yang bersisa bermula awal 2012 akan kumanfaatkan. P & P di dewan
kuliah dan kelas. Tugasan yang diberikan. Latihan Ilmiah yang perlu
diselesaikan. Pensyarah yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu. Teman rapat yang
memberi sokongan padu (terima kasih sahabat). Ungkapan terima kasih itu masih
tidak memadai berbanding kehadiran kalian dan memori yang dititipkan.
“Terima kasih semuanya
yang hadir dalam hidupku.”